Oleh Dr Yusof Abas
Bagi negara-negara maju seperti Amerika, Rusia, Jepun dan United Kingdom, para saintis mereka telah mengkaji madu lebah semenjak ratusan tahun dahulu seiring dengan kemajuan sains dan teknologi. Negara-negara ini adalah di antara pengeluar dan pengeksport madu lebah terbesar di dunia. Bagi negara ASEAN pula tiada satu negara pun yang mengeksport madu lebah secara komersil. Indonesia mempunyai sumber madu yang banyak tetapi lebih untuk kegunaan dalam negeri sahaja.Tidak boleh disangkalkan lagi madu lebah adalah sejenis ‘ubat’ semulajadi tertua yang pernah diketahui yang Allah anugerahkan kepada manusia. Malahan sudah ribuan tahun manusia telah pandai memelihara dan menjinak lebah dengan menyediakan tempat membuat sarang lebah. Di zaman kegemilangan Rom dan Greek pula, madu dianggap suci, tanda kasih sayang dan kesuburan.
Semenjak tahun 1969, di Eropah telah wujud satu badan bertaraf suruhanjaya iaitu Codex Alimentarius Commission (CAC) yag berfungsi untuk memantau kualiti madu yang khusus keluaran dari Kesatuan Eropah (EU).
Pada tahun 1990, satu badan yang dikenali sebagai International Honey Commission (IHC) atau dalam Bahasa Melayunya sebagai Suruhanjaya Madu Antarabangsa telah di tubuhkan untuk menentukan kualiti madu lebah. Pada masa yang sama, Amerika dan Eropah juga masing-masing telah mempunyai tahap piawaian penentuan kualiti madu masing-masing cuma berbeza dari segi beberapa parameter piawaian sahaja. Di antara perkara-perkara yang diambil kira selain kualiti madu adalah penyakit-penyakit yang menyerang sarang lebah , penyakit lebah, benih-benih lebah, kebersihan ( hygiene), cara pembotolan dan kontaminasi.
Di dalam makmal antara parameter piawaian IHC ialah:
1. Kandungan lembapan (air) dalam madu-(moisture content)
2. Keasidan
3. Kandungan mineral
4. Hydroxymethylfurfural (HMF)
5. Aliran elektrik
6. Kandungan gula ringkas
7. Kandungan pepejal tak larut
8. Aktiviti enzim diatase
9. Kaedah tambahan seperti aktiviti enzim sukrase dan kandungan proline
Kita akan bincangkan beberapa parameter di atas secara ringkas.
1. KANDUNGAN AIR
Sebelum tahun 1990, kandungan air semulajadi di dalam madu adalah parameter utama dan kriteria pertama untuk menentukan ketulinan dan kualiti madu. Tetapi setelah IHC ditubuhkan, parameter lain turut diambil kira sebagai standard penentuan sesuatu madu. Walau bagaimanapun, beberapa negara Eropah seperti Jerman, Belgium, Austria, Italy, Switzerland dan Sepanyol tetap mengutamakan kandungan air di dalam madu malah mereka kekal menetapkan kandungan air bagi madu Gred A ialah antara 17.5-18.5%. Manakala IHC pula menetapkan di bawah 20.5%.
IHC telah mengkategorikan madu dengan kandungan air kurang dari 17.5% adalah madu yang terbaik. Kandungan air di dalam madu dipengaruhi oleh kandungan air di dalam manisan bunga yang disedut oleh lebah dan jenis bunga; kerana ada bunga yang bersifat menyimpan air selain dari faktor cuaca dan iklim di mana bunga itu tumbuh.
2. Keasidan.
IHC telah menetapkan keasidan bagi madu tulin ialah di antara pH 3.5-4.5. Manakala CAC pula menetapkan pH 4.0-5.0. Keasidan ini akan memberikan rasa madu tulin sedikit masam. Kemasaman madu sangat ketara terutama lebah yang menghisap manisan bunga-bungaan dan buah dari pokok buah mangga, mempelam, langsat, manggis dan buah-buahan hutan. Anda boleh rujuk kepada pencari madu lebah hutan/kampung untuk mendapatkan kepastian. Kehadiran asid formik dan laktone adalah bahan yang menentukan keasidan madu.
3. KANDUNGAN MINERAL
Madu tulin, dengan izin Allah Yang Maha Pencipta, mengandungi paras kandungan mineral yang hampir sama dengan mineral yang terdapat di dalam darah manusia. Antaranya magnesium, sulfur, fosforus, klorida,ferum, kalsium, potasium, iodin dan sodium. Galian lain yang terdapat di dalam madu ialah kuprum, aluminium, nikel, silika dan lain-lain mineral dalam jumlah yang lebih kecil. Semua galian ini memberi fungsi secara fisiologi yang berbeza pada tubuh manusia. Saya tidak akan mengulas di sini kerana ianya lebih saintifik dan akan memanjangkan rencana saya ini. Cuma sila rujuk kembali mengapa ada madu yang lebih ‘panas’ dan tidak didatangi semut. Malah ada maklumat terbaru yang mengatakan madu mereka akan ‘bernyala api’ jika dicucuh dengan mancis api!!. Ini pasti kandungan sulfur ( belerang ) madu tersebut tinggi dan tentu madu tersebut lebih ‘panas’.
4. KANDUNGAN GULA DI DALAM MADU
IHC menetapkan madu tulin mengandungi sekurang-kurangnya 45% gula ringkas ( purata 56%) .Pada kebiasaannya ialah madu tulin terbaik mempunyai 60%-65% gula ringkas. Manakala gula sukrosa kurang dari 4.8% (purata 3.5%) dan yang terbaik kurang dari 0.5%.
5. HMF
Baru di perkenalkan pada awal 1990-an di mana HMF adalah indikator untuk menentukan madu ‘segar’ dan madu yang ‘overheating’. Madu yang baru dikutip mempunyai nilai indikator HMF sifar (0). Madu yang tidak disimpan di suhu bilik atau terdedah lama kepada cahaya matahari akan meningkatkan bacaan indikator HMF. HMF bergantung kepada cara penyimpanan madu dan ph madu. Adalah di nasihatkan supaya madu tidak didedahkan kepada cahaya matahari seperti disimpan dalam kereta dan terdedah pada panas matahari. Tetapi jangan pula disimpan di dalam peti sejuk kerana sifat madu yang menyerap lembapan akan menyebabkan kandungan air dalam madu akan bertambah. Nilai HMF bagi madu yang berkualiti ialah tidak melebihi 5mg/100g. Bagi negara yang beriklim sejuk, masalah HMF ini tidak begitu ketara.
Parameter lain yang diambil kira selain dari yang di atas ialah kekonduktivitian elektrik yang baru diperkenalkan dalam tahun 1996. Ia melibatkan ukuran yang mudah dan murah. Madu yang berkualiti mempunyai bacaan tidak melebihi 0.8mS/cm.
.......................................
KAJIAN-KAJIAN SAINTIFIK TERHADAP MADU LEBAH (Bahagian 2)
Di dalam artikel yang pertama, saya ada menyatakan kaedah-kaedah asas untuk menentukan ketulinan dan kualiti madu lebah. Ia meliputi kaedah manual/tradisional dan kaedah makmal. Seterusnya saya akan menerangkan pula dua kaedah kajian iaitu yang pertama; kajian yang telah dijalankan oleh para saintis di makmal dan yang kedua; kajian yang dijalankan oleh para doktor terhadap pesakit-pesakit.
Sebelum itu saya ingin menegaskan bahawa selain faktor ketulinan madu, faktor yang sama pentingnya adalah kualiti dan pengredan madu. Dengan kata lain, madu yang tulin dan berkualiti. Perkara ini penting kerana ada madu yang sah tulin tetapi kurang berkualiti. Dalam masa yang sama, janganlah kita lekas mempertikai atau memperlekehkan madu yang benar-benar tulin walau dari mana asalnya sama ada dari hutan, pergunungan, yang dipelihara atau diambil terus dari sarang. Ini kerana bagi saya madu ini adalah anugerah Allah kepada manusia. Yang penting kepada semua pengusaha, penjual dan pengedar madu, kita harus ikhlas dan jujur menyatakan madu mereka dari mana dan jelas ketulinannya. Ini kerana saya bimbang oleh kerana ingin sangat mengatakan ‘kehebatan’ dan ketulinan madu masing-masing, sanggup mereka-reka atau menokok tambah cerita dan cuba memburuk-burukkan madu yang dijual oleh orang lain.
Pesanan khusus saya kepada mereka yang terlibat dengan MADU KHAULA. Diharap tidak memperlekehkan madu lain apalagi jika madu itu benar-benar tulin, dan pada masa yang sama tidak perlu melatah jika Madu Khaula ini dipertikaikan oleh pihak lain. Kita perlu faham bahawa Madu Khaula ini diperolehi dari sumber yang jelas, pengusaha dan pembekalnya dikenali dan tidak melalui orang tengah malah bukan madu rojak ( madu yang dikumpul dari banyak sumber kemudian dibotolkan).
Tuan-Tuan dan Puan-Puan pembaca yang budiman, sebenarnya saya lebih berminat untuk membicarakan beberapa penemuan dan kajian yang di jalankan oleh doktor-doktor, termasuk doktor pakar perubatan serta oleh ahli-ahli biologi yang merawat pesakit mereka dengan madu lebah. Kebanyakan mereka dari Rusia, Amerika, England, New Zealand dan dari Timur Tengah. Ada antara mereka telah membuat kajian secara serius dengan mengemukakan statistik dan ada yang melakukan untuk rujukan diri sendiri.
Madu sebagai antibiotik. Ada beberapa pengkaji yang membuat kajian madu sebagai antibiotik. Di antaranya adalah seorang Ahli Biokimia, Dr. Peter Molan dari Universiti Waikato, New Zealand telah berjaya menemukan ‘natural hydrogen peroxide’, NHP (Hidrogen Peroksida Semulajadi) iaitu bahan yang dapat membunuh bakteria. Dengan kata lain, madu bertindak sebagai antiseptik. Satu kenyataan penting beliau ialah “ enzim dan asid amino yang terdapat di dalam madu yang mengeluarkan ‘hydogen peroxide’, iaitu dikenali sebagai antiseptik”. Madu tulin dapat merawat luka atau bisul dengan amat berkesan. Bagi luka yang terbuka sebaiknya ditutup dengan kain gauze setelah disapu madu dan ditukar 2-3 kali sehari. Lakukan untuk 3 hari, termasuk luka yang disebabkan oleh kesan terbakar atau terkena air panas khususnya bagi kawasan luka yang tidak menyeluruh. Kajian Dr Molan ini agak menarik kerana tidak semua sampel madu yang diambil mengandungi paras NHP yang sama.Di mana beliau dapati ada madu yang lambat memberi kesan kepada luka yang dirawati. Ini adalah bukti yang menyatakan bukan semua madu tulin itu berkualiti. NHP hasilkan oleh enzim yang terdapat di dalam madu.
Sifat serap air madu telah lama di ketahui, ini disebabkan perbezaan kelikatan iaitu berlaku proses osmosis. Contoh mudah jika botol madu direndam air untuk menghalang semut, kita akan dapati madu tersebut semakin cair dan air semakin kering. Kesan serap air ini, akan menyebabkan bisul atau abscess yang bengkak bernanah akan cepat ‘kecut’ jika dibalut dengan madu. Dr. Molan juga membuat kajian di makmal di mana bakteria ‘streptococcus pygones’ iaitu bakteria penyebab sakit tekak, di mana bakteria ini tidak dapat membiak di dalam madu dan mati. Hiruplah madu dan simpan seketika di dalam mulut, InsyaAllah akan melegakan sakit tekak anda.
Madu sebagai anti-fungal, ahli mikrobiologi Rusia telah membuat kajian dengan sampel beberapa jenis fungal ( kulat ) dan didapati kulat ini tidak dapat membiak dan mati mengikut kadar masa yang berbeza-beza. Secara manual juga kita TIDAK akan dapat melihat kulat ‘melekat’ pada madu yang terdedah. Tetapi jika kita perhatikan dodol yang sangat manis sekalipun akan terdapat kulat melekat selepas beberapa lama. Ada beberapa orang doktor dari Rusia telah menggunakan madu untuk disapukan kepada jangkitan kulat (mycosis) di kulit dan kuku di mana didapati dapat menghilangkan jangkitan kulat tersebut.
(Saya sendiri ada pengalaman terhadap pesakit saya, insyaAllah akan di bincang pada tulisan akan datang, di mana saya sedang memantau seorang pesakit yang mengalami sakit kulat kuku-kuku jari tangan yang teruk dengan mengambil beberapa siri gambar untuk dibuat perbandingan selepas beliau minum dan menyapu Madu Khaula).
Madu sebagai Anti-tumor. Kajian yang di lakukan oleh Dr. Pashinskii, dari Moscow, Rusia, di mana ujian di lakukan terhadap tikus, beliau menyatakan “ …indicated that honey possessed moderate anti-tumor and pronounced anti-metastatic effects in five different of rat and mouse tumors”. Anti-metastatic ialah menghalang tumor ( kanser) merebak ke tempat lain. Namun sebagai doktor perubatan , saya sendiri bersetuju dengan pendapat beberapa doktor lain, madu bukanlah rawatan ‘istimewa’ untuk melawan kanser. Kanser adalah satu penyakit yang memepunyai skop yang luas dan kompleks. Saya mencadangkan kepada mereka yang terlibat dengan perniagaan madu, jangan sewenang-wenangnya menyatakan madu boleh merawat kanser. Kanser adalah antara penyakit pembunuh utama, sebaiknya boleh menasihatkan sebagai rawatan alternatif yang diambil bersama dengan rawatan konvensional di hospital. HARUS DIINGAT MADU BOLEH DIAMBIL DENGAN SEMUA UBAT . Saya tidak bersetuju dari beberapa buku penulis tempatan yang menyatakan madu tidak boleh dimakan bersama ubat darah tinggi, kencing manis dan ubat-ubat lain. Madu adalah makanan tambahan. Tetapi MUNGKIN madu yang diadun bersama rempah ratus atau bahan-bahan lain tidak sesuai tidak sesuai dimakan bersama ubat-ubat hospital.
Madu sebagai Anti-ulser perut ( gastric ulcer). Helicobacter Pylori ada lah bakteria yang menyebabkan ulser perut, kajian yang di jalankan oleh Dr Molan juga mengesahkan bakteria ini tidak membiak dan mati di dalam madu tulin dalam jangka masa dua hari. Beliau juga mendapati bukan semua sampel madu yang digunakan akan bertindak membunuh bakteria ini. Dr. Schacht dari Wiesbaden seorang ‘physician’ mengatakan pengalaman beliau di mana beberapa pesakit kronik ulser perut telah sembuh dengan mengamalkan madu tanpa memerlukan pembedahan.Terdapat seorang pesakit yang tidak sembuh dan beliau yakin bahawa madu yang digunakan itu tidak tulin seperti sebelumnya.
................................................................
KAJIAN-KAJIAN SAINTIFIK TERHADAP MADU LEBAH (Bahagian 3)
Adakah madu juga sebagai antibiotik??. Kajian-kajian di makmal telah mengesahkan banyak bakteria yang tidak dapat membiak di dalam madu malah ada yang mati beberapa minit . Pengalaman saya terhadap anak-anak saya yang mengalami demam selsema, pada awal infeksi demam selsema, kebiasaannya di sebabkan oleh virus dan kemudian apabila imuniti badan kita telah menurun, bakteria pula akan menyerang di mana demam semakin kuat, selsema pekat, batuk berkahak. Namun begitu dari pengalaman anak-anak saya yang biasa minum madu, mereka tidak lagi memerlukan antibiotik untuk merawat demam selsema ini malahan demam dan batuk mereka tidak seperti biasa dan cepat sembuh. Di peringkat awal demam, saya memberikan ubat demam dan madu (yang lebih banyak dari biasa, 1 sudu besar, dua kali). Alhamdulillah, anak saya yang berusia tiga tahun yang dulu agak kerap demam, jika demam pun tidak ‘melarat’ dan suhu badan jarang melebihi 38.5 darjah Celsius. Begitu juga dengan tiga anak yang lain, bila demam tidak perlu makan antibiotik lagi, malah dengan izin Allah mereka semakin jarang demam teruk.
Anti-diabetik. Dunia perubatan moden telah jauh ke hadapan untuk mengawal paras gula darah terhadap pesakit-pesakit kencing manis. Persoalannya bolehkah mereka meminum madu lebah? Sebarang minuman dan makanan yang mengandungi gula adalah ditegah diambil secara berlebihan oleh pesakit kencing manis. Madu lebah tulin diketahui mengandungi gula ringkas antara 45%-70% dan gula kompleks (sukros) antara 0%-5%.
Di sini saya akan mengemukakan pengalaman dua orang doktor perubatan iaitu Dr Jamal Burhan,dari Uni. Iskandariyah yang kerap merawat pesakit gangrene ( luka busuk yang berwarna hitam) yang dihidapi oleh pesakit kencing manis. Beliau merawat dengan membalut luka tersebut dengan madu untuk tempuh waktu 2-3 minggu dan memberi minum madu tersebut, di mana dalam masa yang sama pesakit ini terus mengambil ubat kencing manis dan amat mengkagumkan gangrene semakin pulih dan paras gula masih terkawal malah pesakit memberi komen iaitu lebih bertenaga dan kebas-kebas jari semakin kurang ( peripheral neuropathy). Dr. V.Temnov telah mengetuai satu ekspirimen di mana sebilangan pesakit kencing manis telah diberi makan madu tulin dan paras gula telah diperhatikan. Di dapati paras gula mereka masih terkawal dan beliau menyatakan paras gula tidak meningkat disebabkan gula ringkas dalam madu telah dikeluarkan secara perlahan-pelahan ke dalam salur darah dan berkemungkinan kandungan enzim, mineral dan bahan-bahan lain yang belum dikenali dalam madu yang menyebabkan proses SR ( slow release) ini. Saya difahamkan Madu Khaula yang mengandungi kandungan 0% sukros akan diedarkan tidak lama lagi. Ini tentunya lebih sesuai untuk pesakit kencing manis.
Secara peribadi, saya tidak menyatakan madu secara langsung boleh mengawal paras gula pesakit kencing manis, tetapi boleh minum madu dengan disiplin tidak meminum atau mengurangkan pengambilan gula pasir atau susu pekat. Walaupun ada beberapa testimonial yang menunjukkan Madu Khaula dapat menurunkan paras gula darah tanpa memakan ubat kencing manis, bagi saya ubat-ubat di hospital yang di makan oleh mereka elok di teruskan. Jangan sampai anda menasihatkan minum madu lebah dan berhenti makan ubat atau anda menyatakan madu boleh merawat kencing manis, Di nasihatkan mereka hendaklah kerap memeriksa paras gula mereka di klinik ketika mengambil madu. Kita harus berhati-hati untuk pesakit kencing manis untuk mengambil madu, jangan sampai tersalah nasihat.
Anti-alergik. Secara peribadi, mereka yang mempunyai alahan (alergik) adalah sasaran utama untuk saya memperkenalkan madu, seperti asthma yang teruk, resdung, alahan kulit dan batuk yang berpanjangan, dalam sepuluh orang pesakit, biasanya ada seorang yang mempunyai masalah alahan. Pengalaman saya kesannya amat mengkagumkan. Ramai saintis dan doktor perubatan yang telah membuat kajian terhadap pesakit-sakit alahan ini. Antara contohnya, Dr. William Paterson dari Ada, Oklahoma, bersama beberapa doktor lain telah membuat kajian tehadap 17,862 pesakit yang berumur di antara 21-60 tahun, yang di bahagaikan kepada 6 jenis sakit alahan yang telah didiagnosa berkaitan dengan sistem pernafasan iaitu; chronic bronchitis, astmatic bronchitis,bronchial asthma, chronic rhinitis,allergy rhinitis, sinusitis juga pesakit radang paru-paru seperti chronic bronchitis, juga pneumonia. Hasil kajian mereka amat menakjubkan. Kesimpulan yang beliau buat sakit respiratori yang berkaitan dengan alahan cepat dan berkesan tetapi sakit radang paru-paru tetap memerlukan antibiotik untuk cepat sembuh.
Anti-hipertensi.Bagi saya pesakit darah tinggi ( hipertensi) mempunyai banyak pilihan, kami doktor-doktor perubatan mempunyai banyak pilihan untuk dicuba kepada mereka. Malahan hipertensi bukan sakit yang kekal , ianya boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti menurunkan berat badan, aktif bersenam dan jaga pemakanan. Tolong jangan berkempen bahawa madu sangat baik untuk darah tinggi. Tetapi mereka boleh minum madu seperti anda yang sihat, namun saya yakin madu boleh membantu, setahu saya belum ada kajian khas yang di lakukan terhadap pesakit hipertensi dengan meminum madu, Insya Allah saya dengan bantuan beberapa doktor lain akan berusaha membuat kajian dengan menggunakan Madu Khaula.
Anti-kolesterol, Dalam pembacaan saya , baru terjumpa satu kajian oleh sekumpulan doktor dari Rusia ( tidak dinyatakan nama-nama mereka) yang menyatakan paras kolesterol dapat di turunkan dengan pengambilan madu dalam jangka masa 3-6 bulan ( 75% kejayaan dari pesakit, bilangan pesakit tidak di nyatakan).
Anti-appetizer. Benarkah madu boleh mengurangkan selera makan dan boleh menguruskan badan? Madu mempunyai tenaga kalori dari sumber gula ringkas, gula komplek dan dari protein. Madu yang paras gulanya kira-kira 65% mampu membekalkan 700 kalori tenaga untuk sukatan 10 ml ( dua sudu besar). 700 kalori ini jika dimakan waktu pagi boleh bertahan sehingga 2-3 jam..Bagi mereka yang ingin menguruskan badan di nasihatkan mengambil sukatan 3-4 sudu waktu pagi atau anda boleh meneguk madu pada jam 10 pagi, dua sudu, lihat kesannya nanti anda akan hilang selera makan tengah hari, kerana anda masih bertenaga dan tidak lapar. Begitu juga jika anda teguk dua sudu sebelum waktu makan malam.Tetapi dari pengalaman saya jika minum satu sudu madu waktu pagi, saya akan terasa lapar pula di waktu tengahari.( minum sikit jadi lapar, minum lebih akan bertenaga dan tidak lapar!!) Ayuh!!. Kuruskan badan anda kerana Madu Khaula yang baru dari keluaran Sabalan Shahd, Azarbayjan, Iran ini amat enak diminum begitu sahaja. Sekian, sampai kita jumpa lagi. Wassalam.